Friday, April 22, 2011

Projek Ubahsuai Rumah

Permatang rimba bersuluh terang,
Ranting bersilang taut pegaga,
Dagang hamba jauh di seberang,
Membanting tulang buat keluarga.


Ke Kuala Sedili mencari kerang
Kerang di bawa di dalam perahu
Sungguh jauh di rantau orang
Menangis di hati siapa yang tahu


Mulakan Bismillah setiap urusan
elok disertai selawat dan salam
dulukanlah niat sebelum pekerjaan
mulakan gerakan di sebelah kanan
Setiap waktu perlulah ditepati
janganlah suka memungkiri janji
bahaya dan musuh usahlah dicari
jangan mudah tidak sedarkan diri


Bercakaplah cuma jikalau perlu
sebelum menjawab dengari dulu
usahlah bertanya bertalu talu
perangai berleter usahlah ditiru



Lemparkan senyuman setiap hari
sehingga wajah kelihatan berseri
seandainya bertemu salam diberi
janganlah suka meninggi diri

Sunday, April 17, 2011

Kenangan

HARI-HARI TAK PERNAH PANJANG

Kita bagaikan berjodoh
di pertemuan ini
memang kutahu
senyum manjamu
ukiran kehendak
yang enggan kutolak.

kita relakan bahang mendakap
hidup ini telah terlempar
dari sedar ke lelap
kita pengira yang alpa
pada peralihan yang berulang
dan debukota mendakap kita
yang kini menerima
kehadiran nafasnya.

hari-hari tak pernah panjang
atau singkat
cuma dilamakan oleh
kerisauan
dicepatkan oleh kelalaian.

~ Rahman Shaari



Saturday, April 16, 2011

Marhaban


MARHABAN

Sallawllah ‘ala Mohammad * Sallawllah ‘alai wassallam (3X)

Marhaban ya nur ron ‘aini – ron ‘aini marhaban.
Marhaban ya ya O marhaban ... an ...an... ya ya O marhaban …an…an
Ya ya O marhaban.

Marhaban Jad dhal hossaini – hossaini marhaban …an…an…
Marhaban ya ya O marhaban ...ai...ai... ya ya O marhaban… an
Ya ya O marhaban

Thala’al badron ‘alaina – alaina marhaban.. an…an.
Marhaban ya ya O marhaban ya ya O marhaban....an
Ya ya O marhaban

Ayu hal mab ‘os – mab ‘os sufi na ya maulai (2X)
Jik tabil am am brill – ambrill mutha ‘ei ya maulai
Jik tabil am am brill – ambrill mutha ‘ei ya maulai

Rabbana salli ‘ala ah Mad – ‘ala ah Mad
Ya O marhaban (Ya O marhaban)
(2X)

Hallafi halril fiqai ya O marhaban
Hallafi halril fiqai - fiqai ya O marhaban

Marhaban ya nor ron aini – ron ‘aini ya O Marhaban
(Ya O Marhaban) 2X

Marhaban Jad dhal hossaini ya O marhaban
Marhaban Jad dhal hossaini – hossaini ya O marhaban

Allah hum mas shalli wa sallim wa barik ’alai
Sallawllah ’ala Mohammad * Sallawillah ’alai wassalam

SALAM SEJAHTERA

Assalamu'alaikom, salam sejahtera,salam bahagia.


Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati




Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

MANUSIA DAN KESEJAHTERAAN
Kelelahan kita semakin parah tenatnya
berserta kekejaman mengatasi kedamaian
titik pertemuan menjadi tentangan
tak siapa mahu beralah.
Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan
janjikan harapan semanis janji orang bercinta
setiap pembicaraan tanpa persatuan
kejujuran mati di hati.
Hari ini tak payah parau bertanya
ketuaan dunia akan tenggelam juga
dalam kebodohan manusia yang kian bermuka dua.
Demi kelak dewasanya anakku
kau bikinlah perhitungan sendiri
untuk menjengah neraka kecintaan manusia
mencucuri bahan api neraka.
Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
tambah mengimbau sorotan kitab ESA!
hanya kesejahteraan membunga api.
SALMI MANJA
1 Januari 1961
Antologi Anak Laut
Dewan Bahasa dan Pustaka